SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI, DAPATKAN INFORMASI INFORMASI TERKINI

INFO EKSA

INFO EKSA 2017 : SUDAHKAH ANDA BERSEDIA AUDIT MAMPU UNTUK PEMBAHARUAN SIJIL EKSA PADA 14.12.2017

Jumaat, 22 September 2017

PERUTUSAN KETUA PENGARAH JPJ MALAYSIA. YBHG. DATO' SHAHARUDDIN KHALID


Y.BHG. DATO' SHAHARUDDIN KHALID,
KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
TRANSFORMASI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) MERUPAKAN KAEDAH BARU MELAKSANAKAN KERJA MELANGKAUI DARI KEBIASAAN KE ARAH PENGHASILAN MODAL INSAN YANG MEMPUNYAI MENTALITI KELAS PERTAMA DAN INFRASTRUKTUR KELAS PERTAMA.
Sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti adalah penting untuk pembangunan negara. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mewujudkan elemen kebertanggungjawaban di kalangan anggota pentadbiran dan penjawat awam dalam usaha memastikan rancangan pembangunan negara berjalan lancar dan jayanya.
Pelan Strategik 2016-2020 ini disediakan seiring dengan iltizam kerajaan untuk melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Transformasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan kaedah baru melaksanakan kerja melangkaui dari kebiasaan ke arah penghasilan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan infrastruktur kelas pertama. Konsep Transformasi JPJ merangkumi perubahan sistematik yang menjurus kepada pewujudan institusi yang cemerlang dan pembinaan imej positif JPJ di kalangan masyarakat.

Usaha transformasi ini memerlukan komitmen yang padu dan berterusan oleh setiap warga JPJ dengan mengamalkan prinsip Budaya Kerja Kelas Pertama. Budaya Kerja Kelas Pertama ialah amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta dapat memuaskan hati pelanggan.

Harapan saya, warga JPJ akan bersama-sama berganding bahu dan komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan agar matlamat untuk menjadikan JPJ sebagai sebuah institusi yang menerajui bidang pengurusan dan penguatkuasaan pengangkutan jalan bertaraf dunia menjelang tahun 2020 dapat dipenuhi sebagaimana yang telah digariskan dalam Pelan Strategik 2016 - 2020 ini.

LAWATAN KADET JPJ MALAYSIA S.M.K SULTAN ABDUL AZIZ (AZIZIAN) KE JPJ CAWANGAN TELUK INTAN, PADA 20/09/2017


Pada 20 Sept 2017 hari Rabu, JPJ Cawangan Teluk Intan telah menerima kujungan dan lawatan Kadet JPJ Malaysia daripada SMK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan atau lebih dikenali dengan gelaran AZIZIAN. Pelajar-pelajar yang berumur sekitar 15 dan 17 tahun itu telah diberi taklimat dan penerangan ringkas mengenai peranan JPJ kepada masyarakat dan dalam penguatkuasaan undang-undang daripada Pegawai-Pegawai kanan JPJ Cawangan Teluk Intan, dari  Bahagian Penguatkuasa, Pelesenan Pemandu, Pendakwaan dan Pendaftaran kenderaan. 

Mereka semua dibawa melihat kenderaan klon yang di sita oleh Pihak JPJ Cawangan Teluk Intan. Banyak persoalan yang ditanya oleh pihak Kadet mengenai kenderaan Klon yang mereka lihat sendiri di Kandang Sita. Mereka juga telah diberi penerangan khas  mengenai ukuran Lori dengan menggunakan peralatan khas

Dibahagian Penguatkuasa pula mereka telah diberi penerangan khas mengenai peralatan yang digunakan oleh Anggota Penguatkuasa JPJ ketika menjalankan tugas Penguatkuasaan Undang-Undang dijalanraya. Kemudian mereka semua dibawa ke bahagian Pengujian dan Pelesenan Pemandu, Bahagian Pendakwaan serta ke Bahagian Pendaftaran kenderaan sebelum mengakhiri lawatan.

Dibawah ini disiarkan gambar-gambar semasa lawatan dilakukan