SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI, DAPATKAN INFORMASI INFORMASI TERKINI

INFO EKSA

INFO EKSA 2017 : SUDAHKAH ANDA BERSEDIA AUDIT MAMPU UNTUK PEMBAHARUAN SIJIL EKSA PADA 14.12.2017

Rabu, 21 Jun 2017

APAKAH JENIS-JENIS KESALAHAN BIASA DILAKUKAN DALAM KES-KES TRAFIK

Kesalahan trafik adalah kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau Akta Lembaga Pelesnan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)
Di bawah Akta-Akta ini, denda minimum adalah  RM300.00.  Ia boleh mencapai RM10,000.00 Mengikut kesalahan yang dilakukan.  Kenderaan anda juga boleh disita dan dilucuthak.
Bagi kesalahan-kesalahan yang serius, anda boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun dan lesen anda boleh dibatalkan atau digantung sekurang-kurangnya 12 bulan.  Sekiranya anda tidak mempunyai lesen memandu  semasa kesalahan-kesalahan dilakukan , anda boleh dilarang untuk memohon lesen sekurang-kurangnya  dilakukan, anda boleh dilarang untuk memohon  lesen sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh hukuman.
 
JENIS-JENIS KESALAHAN
Di dalam Akta-Akta ini, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1. Saman Boleh Dikompaun
Anda boleh membayar kompaun tersebut sebelum luputnya tarikh yang telah ditetapkan di dalam notis JPJ(P)22Pin.1/94 dan Polis 257 Pin.4/95 yang telah diterima oleh anda sewaktu saman dikeluarkan.  Tetapi jika tarikh kompaun telah tamat, anda dikehendaki hadir ke Mahkamah.
2. Saman Tidak Boleh Dikompaun
Kehadiran anda di Mahkamah adalah diwajibkan.  Sekiranya anda tidak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapa anda.
3. Kesalahan Yang Boleh Ditangkap
Kesalahan ini adalah melilbatkan kesalahan-kesalahan seperti memandu secara merbahaya menyebabkan kematian, memandu secara melulu dan membahayakan dan juga memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.
Bagi kesalahan ini, anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa sehingga 14 hari untuk disoal siasat sebelum anda di bawa ke Mahkamah untuk diadili.

Peruntukan Undang-Undang
 
  • Tiada lesen kenderaan motor s15(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
  • Lesen kenderaan motor tamat tempoh s15(1) APJ 1987
  • Tidak mempamerkan lesen kenderaan motor s20(1)APJ 1987
  • Lesen memandu tamat tempoh s26(1)APJ 1987
  • Tidak berhenti semasa ditahan oleh polis, warden lalullintas atau pegawai JPJ    yang  berpakaian seragam s55 APJ 1987
  • Gagal menunjukkan lesen memandu atau insurans apabila diminta oleh polis, warden lalulintas atau pegawai JPJ s18(1) APJ 1987
  • Tiada insurans pihak ketiga s90 APJ 1987  bagi kesalahan  ini lesen memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Memotong dua garis berkembar peraturan 12(3)(a)Traffic Signs Rules 1959
  • Tidak memakai  topi keledar peraturan 4 Motorcycle (Safety Helmets)rules 1959
  • Tidak memakai tali pinggang keledar peraturan 4 Motor Vehicles (Safety Seatbelts)Rules 1978   
    SEMUA KESALAHAN DI ATAS MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM RM10000.00
    ATAU TIGA (3) BULAN PENJARA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI
     
  • Memandu melebihi had laju s40(1)APJ 1987.  Hukuman maksimum RM1000.00.
  • Memandu secara melulu atau merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian s41(1) APJ 1987.  Hukuman maksimum RM10,000.00 atau lima(5) tahun penjara atau  kedua-duanya sekali.  Lesen  memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun dan juga diendors.
  • Memandu kenderaan tanpa kecermatan dan perhatian yang berpatutan atau tanpa pertimbangan terhadap orang lain s43(1) APJ 1987.
  • Hukuman maksimum RM2,000.00 atau enam (6) bulan penjara atau kedua-duanya sekali.  Lesen mesti diendors dan boleh digantung.
  • SENARAI KOMPAUN BAGI KESALAHAN JALANRAYA

    KADAR KOMPAUN MAKSIMUM UNTUK KESALAHAN JALANRAYA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DAN AKTA MAJLIS KENDERAAN BERMOTOR 1987
    1. Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak berdaftar [Seksyen 7(1) APJ 1987] = RM 300.00
    2. Menggunakan lesen kenderaan bermotor untuk lebih daripada satu kenderaan dalam satu masa. [Seksyen 22(2) APJ 1987] = RM 300.00
    3. Menggunakan lesen kenderaan motor untuk tujuan selain dari sepatutnya. [Seksyen 22(2) APJ 1987] = RM 300.00
    4. Tidak memiliki Lesen Vokasional yang sah untuk pemandu dan konduktor kenderaan awam (PSV) [Seksyen56(1) APJ 1987] = Pemandu/Empunya: RM300.00; Konduktor : RM 150.00
    5. Gagal mematuhi Perintah Berkurung PG.1 (menggunakan kenderaan ketika masih dalam Perintah Berkurung) [Seksyen 59(9) APJ 1987] = RM 300.00
    6. Gagal mematuhi notis pemeriksaan kenderaan bermotor [Seksyen 61(3) APJ 1987] = RM 300.00
    7. Tidak mematuhi berat kenderaan yang dibenarkan [Seksyen 63(1) APJ 1987] = RM 300.00
    8. Gagal mematuhi arahan untuk menghantar kenderaan ke lokasi yang ditetapkan untuk simpanan [Seksyen 64(1) APJ 1987] = RM 300.00
    9. Kesalahan pemandu dan konduktor [Kenderaan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) Peraturan 1959] = RM 300.00
    10. Tidak mematuhi syarat permit (kenderaan barangan) Pemandu dan Pemunya
      – Membawa barangan sewa atau ganjaran [Seksyen 19(3) Akta Majlis Lesen Kenderaan Perdagangan 1987 (19(3)     CVLB Act 1987)] = RM 300.00
    11. Tidak mematuhi syarat (Kenderaan Awam(PSV)) [Seksyen 19(3) Akta Majlis Lesen Kenderaan Perdagangan 1987 (19(3) CVLB Act 1987)]
      – Gagal menggunakan meter teksi = RM 300.00
      – Kadar tambang yang tinggi = RM 300.00
      – Enggan mengambil penumpang(teksi) = RM 300.00
      – Beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan = RM 300.00
    12. Gagal mematuhi lampu isyarat [Peraturan 17 Tanda Lalulintas (saiz, warna and jenis) Peraturan 1959] = RM 300.00
    13.  Gunakan laluan sebelah kiri jika bergerak perlahan [Peraturan 4 : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00
    14. Memotong sepatutnya di lorong kanan (memotong di lorong kecemasan di lorong kiri) [Peraturan 5 : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00
    15. Kesalahan berkaitan ketika memotong dan menghalang ketika memotong [Peraturan 6 : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00
    16. Larangan berhenti di dalam petak kuning [Peraturan 8A : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00
    KADAR KOMPAUN MINIMUM UNTUK KESALAHAN JALANRAYA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DAN AKTA MAJLIS LESEN KENDERAAN BERMOTOR 1987
    1. Gagal mengesahkan perubahan bertulis ke atas maklumat pendaftaran [Seksyen 12(2) APJ 1987] = RM 150.00
    2. Gagal menukar hakmililk dalam tempoh 7 hari daripada tarikh ditukar. [Seksyen 13 APJ 1987] = RM 100.00
    3.  Gagal mempamerkan pendaftaran nombor plat atau nombor plat yang digunakan tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya. [Seksyen 14 APJ 1987] = RM 100.00
    4.  Cukai jalan tamat tempoh (tiada insuran/kenderaan dirampas) [Seksyen 23(1) APJ 1987]
      i. Cukai jalan tamat tempoh (dengan insuran) = Rm150.00
      ii. Tamat tempoh lebih daripada 1 bulan (pemandu dan empunya) = Rm150.00
      iii.Kenderaan Awam dan Kenderaan Barangan (pemandu dan empunya) = Rm150.00
      iv.Motosikal = Rm150.00
    5. Riding on running boards and obstruction of driver [Seksyen 47 APJ 1987] = RM 100.00
    6. Meletak kenderaan menyebabkan menghalang lalulintas [Seksyen 48 APJ 1987] = RM 100.00
    7. Salah guna dua tayar motosikal [Seksyen 49 APJ 1987] = RM 150.00
    8. Memegang kenderaan yang sedang bergerak [Seksyen 49(2) APJ 1987] = RM 150.00
    9. Tidak memiliki lesen vokasional yang sah (lesen tamat tempoh) [Seksyen 56(1) APJ 1987] = RM 150.00
    10. Gagal untuk menunjukkan sijil insuran dan lesen memandu [Seksyen 58(1) APJ 1987] = RM 150.00
    11. Menggunakan pembahagi jalan [Seksyen 70 APJ 1987] = RM 150.00
    12. Meletak kenderaan barang atau kenderaan awam di kawasan larangan [Seksyen 70 APJ 1987] = RM 150.00
    13. Mengambil dan menurunkan penumpang/memunggah barang di kawasan larangan [Seksyen 72(1) APJ 1987] = RM 150.00
    14. Gagal mengikut arahan dan tanda lalulintas [Seksyen 79(2) APJ 1987] = RM 150.00
    15. Tidak mematuhi syarat permit (kenderaan barangan) [Seksyen 19(3) CVLB Akta 1987] = Rm150
      i. Tidak mempamerkan lesen = Rm150
      ii. Beroperasi di luar kawasan = Rm150
      iii. Membawa barang yang tidak dibenarkan = Rm150
    16. Tidak mematuhi syarat permit (Kenderaan Awam) [Seksyen 19(3) CVLB Akta 1987]
      i. Tidak mempamerkan jadual = Rm150
      ii. Tidak mempamerkan lesen = Rm150
      iii. Panduan pelancung tidak dipaparkan = Rm150
      iv. Membawa penumpang yang tidak (bas sekolah/bas kilang) = Rm150
      v. Penumpang berlebihan (bas mini/teksi) = Rm150
      vi. Mengambil penumpang di kawasan yang dilarang = Rm150
      vii. Beroperasi di luar kawasan dan perjalanan sepatutnya = Rm150
    17. Keadaan Kenderaan [Seksyen 20(2) CVLB Akta 1987]
      i. Gagal mengekalkan kenderaan di dalam keadaaan baik = Rm150
      ii. Kesalahan Teknikal Serius – brek, setereng, sambungan dll = Rm150

    SOROTAN BERITA : STAFF JPJ HADAPI EMPAT PERTUDUHAN PALSUKAN PENDAFTARAN KENDERAAN




    Seorang pekerja gerai dan seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Kulim masing-masing menghadapi empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini,memalsukan empat buah kenderaan pada Februari dan Jun 2016.

    Nik Hazrihairi Nik Kasim, 34, dan Nurul Hanim Abu Bakar, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

    Bagi pertuduhan pertama, Nik Hazrihairi pada 16 Feb 2016 di JPJ Kulim telah memberi kepada seorang ejen kerajaan Malaysia iaitu Nurul Hanim yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir/Perkeranian di Unit Hasil jabatan itu dengan niat memperdayakan prinsipal ejen, dokumen berkenaan dengannya yang prinsipal itu mempunyai kepentingan.

    Tertuduh didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen-dokumen itu adalah butiran palsu bagi mewujudkan pendaftaran kenderaan jenis Mitsubishi Grandis 2.4(A) dengan nombor pendaftaran KED751 ke dalam pangkalan data MySikap JPJ dengan status lucut hak Kastam.
    Bagi kesemua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

    Tertuduh kedua iaitu Nurul Hanim pula menghadapi empat pertuduhan pada 16 Feb 2016, 1 Jun 2016, 21 Jun 2016 dan 30 Jun 2016 di JPJ itu dengan disedari telah menggunakan untuk niat hendak memperdayakan prinsipal, dokumen-dokumen berkenaan dengannya yang mempunyai kepentingan.

    Nurul Hanim didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen-dokumen itu mengandungi butiran palsu untuk mengelirukan prinsipal apabila tertuduh mewujudkan pendaftaran kenderaan-kenderaan berkenaan ke dalam pangkalan data MySikap JPJ dengan status lucut hak Kastam.

    Bagi kesemua pertuduhan itu Nurul Hanim turut didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

    Kedua-duanya jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

    Zanol kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan kes berkenaan disebut semula pada 27 April depan bagi membolehkan kedua-dua tertuduh melantik peguam.

    Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar.

    SOROTAN BERITA: JPJ PASANG TUJUH LAGI KAMERA AES



    KAMERA AES

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum akhir tahun ini, sebagai tambahan kepada 14 kamera AES sedia ada, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nadzri Siron.

    Beliau berkata pemasangan kamera AES itu akan dilakukan di lokasi yang sering berlaku kemalangan.

    "JPJ dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah meneliti beberapa lokasi tumpuan yang sering berlaku kemalangan.

    Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan tarikh pemasangan serta lokasi tujuh kamera AES berkenaan.

    Dalam perkembangan lain, Nadzri berkata setakat 13 hari pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara), sebanyak 19,230 saman telah dikeluarkan.

    "Ia meliputi 16,791 saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 2,439 saman kerana melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh 15 hingga 27 April.

    "Walaupun kita telah melaksanakan sistem ini, tapi peningkatan jumlah saman memperlihatkan sikap atau kesedaran masyarakat untuk mematuhi undang-undang masih di tahap rendah," katanya.

    Pada 15 April lepas, JPJ telah memperkenalkan sistem Awas bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang hanya melibatkan kesalahan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.

    Dalam majlis itu seramai 452 peserta luar bandar berjaya mendapatkan lesen memandu percubaan motosikal B2 (motosikal tidak melebihi 250cc).

    AKIBAT LARI DARI PENGUATKUASAAN






    CUBA LARI DARI PENGUATKUASAAN

    Akibat cuba lari dari Penguatkuasaan. Sebuah Lori Tanker telah terbabas dan melanggar benteng parit berhampiran Pejabat JPJ Teluk Intan pagi ini. Dipercayai cuba untuk mengelak dari pemeriksaan oleh Anggota JPJ. Pemandu tersebut terserempak dengan kenderaan JPJ yang sedang membuat rondaan (OPS HRA) dan cuba memberhentikan lori tersebut di laluan menghala ke PUSPAKOM dihadapan pintu masuk Bangunan JPJ Teluk Intan, lalu terbabas dan melanggar benteng parit. Oleh itu hati-hatilah ketika memandu.



    Sabtu, 17 Jun 2017

    KES SET GOLF. KP JPJ SEDIA BERI KERJASAMA KEPADA SPRM

    KES SET GOLF: KP JPJ dan anggota sedia

     beri kerjasama kepada SPRM





    Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron sedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan set golf.

    Katanya, beliau dan beberapa anggotanya telah dua kali hadir ke pejabat SPRM Selangor pada Khamis dan semalam, untuk memberi keterangan berhubung siasatan berkenaan.

    "Saya telah dan bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan ini, begitu juga dengan anggota JPJ yang lain sekiranya mereka perlu memberi keterangan kepada SPRM," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Operasi Penguatkuasaan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017 di sini pada Sabtu.

    Pada Jumaat, SPRM dilaporkan mengesahkan telah memanggil Nadzri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima set golf bernilai RM45,000 sebagai hadiah.

    ,KOMPAUN MAKSIMUM RM 300 SEPANJANG OPS HARI RAYA





    KOMPAUN MAKSIMUM OPS HARI RAYA
    RM 300.00


    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun maksimum RM300 terhadap pemandu yang melakukan kesalahan biasa sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA 2017). Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nadzri Siron berkata, bagi mereka yang melakukan tujuh kesalahan utama iaitu gagal mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang dan memandu di lorong kanan berterusan, pesalah akan didakwa di mahkamah. Katanya, operasi yang bermula pada 18 Jun lalu hingga 2 Julai ini bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya serta membudayakan pemanduan berhemah dan selamat. "Untuk kali ini, JPJ mensasarkan penurunan purata kemalangan dan kematian sebanyak 50 peratus berbanding tahun lalu. "Operasi ini membabitkan 3,128 anggota penguatkuasa serta 815 kenderaan penguatkuasa akan digunakan sepanjang tempoh berkenaan. "JPJ turut menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melalui kerjasama dengan pihak polis, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran OPS HRA 2017, di sini, hari ini. Nadzri berkata, operasi HRA 2017 turut menggunakan 21 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) termasuk tujuh lagi yang baru dipasang di lokasi tertentu.

    Isnin, 12 Jun 2017

    JPJ BOLEH SAMAN PENGGUNA DIJALAN LUAR BANDAR YANG DIWARTAKAN.

    JPJ BOLEH SAMAN

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan mereka boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan ketika berada di jalan luar bandar yang telah diwartakan kerajaan.

    Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, dakwaan kononnya jalan luar bandar seperti jalan-jalan kampung tidak boleh diambil tindakan adalah tidak betul kerana ada sebahagian jalan tersebut telah diwartakan dan pihaknya boleh mengutkuasakan undang-undang sedia ada.

    "Ada sesetengah masyarakat beranggapan jalan-jalan kampung dikecualikan daripada tindakan JPJ termasuk disaman, tetapi anggapan itu silap kerana jalan yang digazetkan JPJ boleh mengambil tindakan di bawah Akta 333 Pengangkutan Jalan 1987.

    "Contohnya traktor kalau nak bawa dalam bendang tidak apalah tapi bila dia naik atas jalan raya dia kena ada lesen kelas 'F' kerana kemalangan tidak dijangka dan sebab itu kami galakkan supaya masyarakat mempunyai lesen ketika berada di atas jalan raya.

    Wan Ahmad Uzir berkata jalan yang digazetkan kerajaan adalah jalan yang diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kemudahan garisan sisi di kedua hala dan tengah serta dilengkapi papan tanda jalan.

    "Kalau jalan kampung yang tidak bergaris dan dibuat oleh kontraktor kecil itu tidak mengapa, apa yang kita tekankan di sini, jalan-jalan yang elok, yang ada garisan dan diselenggara oleh JKR walaupun di luar bandar.

    Berikutan itu, JPJ akan terus menjelaskan kepada masyarakat melalui program yang diatur agar mereka tidak lagi keliru dengan jalan yang di bawah pengawasan pihak JPJ sehingga mereka disaman.

    Sementara itu, Wan Ahmad Uzir berkata, JPJ sedia membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mereka yang uzur untuk proses penukaran hak milik kenderaan bagi mengelak ditipu oleh sindiket kenderaan klon.

    "Kami akan membawa alat ke rumahnya untuk mendapatkan cap jari, dengan cara ini kes-kes penipuan oleh pihak lain boleh dielakkan dan lebih telus.

    "Selain itu, anak-anak atau waris perlu faham, jika berlaku kematian tindakan awal telah kita ambil dan memudahkan hal-hal berkaitan harta pusaka," katanya.


    Ahad, 11 Jun 2017

    WARGA TIMUR TENGAH DALANG SINDIKET KLON KERETA MEWAH




    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan pembabitan warga asing terutama dari Timur Tengah dalam sindiket klon kenderaan mewah di negara ini.

    Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nadzri Siron berkata siasatan awal mendapati sindiket itu kemudiannya akan menjual kenderaan tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran kepada warga asing yang menetap di negara ini.

    "Sindiket itu menjual pelbagai jenis kenderaan klon seperti Toyota, Mitsubishi dan Honda dengan harga serendah antara RM20,000 dan RM30,000," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Zon Timur di sini pada Isnin.
    Selasa lepas, penyerang import skuad bola sepak Liga Super Selangor, Francis Forkey Doe didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mengaku salah memiliki kereta klon jenis BMW 325i.

    Bagaimanapun, Nadzri berkata JPJ masih menyiasat sejauh mana penglibatan warga asing berkenaan dalam sindiket terbabit di negara ini.

    Beliau berkata sebelum ini penjualan kenderaan klon didominasi sindiket tempatan yang menyasarkan warga tempatan terutama golongan pertengahan yang tertarik dengan kereta keluaran luar negara yang dijual dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran.

    Terdahulu pada majlis itu, seramai 97 kakitangan JPJ Zon Timur menerima APC selepas menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen yang tinggi.

    "Mereka adalah sebahagian daripada 612 kakitangan di seluruh negara yang menerima APC sebelum ini membabitkan Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Utara dan Zon Sarawak," kata Nadzri.

    LOKASI BARU PEMASANGAN KAMERA AES

    CAMERA AES 2017
    *North to South*
    Sungai Petani = 95KM (NEW)
    Pagoh =145.5KM (NEW)
    Pantai Timur = 255.9KM (NEW)
    *South to North*
    Sungai Petani = 97KM (NEW)
    Pagoh = 151.4KM (NEW)
    Taiping = 204.6KM
    Pantai Timur = 288.9KM (NEW)
    Kampar = 299.9KM (NEW) 
    Slim River = 375.9KM

    Sabtu, 10 Jun 2017

    OPS SEMPENA AIDILFITRI BERMULA 18 JUN

    OPS AIDILFITRI 2017

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi penguatkuasaan sempena sambutan Aidilfitri bermula 18 Jun sehingga 2 Julai ini.
    Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nadzri Siron, berkata operasi dijalankan serentak di seluruh negara.
    "Maklumat lengkap mengenai tindakan, program atau aktiviti penguatkuasaan serta kempen keselamatan yang akan dilaksanakan akan dimaklumkan pada 17 Jun ini.
    "Kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri akan dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada 15 Jun ini," katanya pada Majlis Berbuka Puasa JPJ Selangor di Padang Jawa, di sini, malam ini.
    Nadzri berkata, pemeriksaan kenderaan turut dijalankan bagi meningkatkan penguatkuasaan mencegah kesalahan jalan raya.
    "Pemeriksaan kenderaan turut dijalankan di terminal dan depoh, selain secara rawak di jalan raya.
    "Tujuh kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) akan dipasang di tujuh kawasan panas baharu yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan," katanya. 
    Pada majlis sama, Nadzri turut menyampaikan sumbangan kepada balu kepada anggota JPJ yang meninggal dunia ketika bertugas.