SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI, DAPATKAN INFORMASI INFORMASI TERKINI

INFO EKSA

INFO EKSA 2017 : SUDAHKAH ANDA BERSEDIA AUDIT MAMPU UNTUK PEMBAHARUAN SIJIL EKSA PADA 14.12.2017

Rabu, 26 April 2017

HARI BERSAMA PELANGGAN


Program JPJ Bersama Pelanggan telah diadakan Pada Hari Khamis: 27/04/2017. Dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, Di Perkarangan bangunan JPJ Teluk Intan, Program ini yang diadakan pada Minggu akhir setiap bulan mulai Mac 2017 berjalan dengan lancar. Aktiviti Jualan juga diadakan sempena hari tersebut. 
Antara Perkhidmatan yang disediakan ialah:

1. PERKHIDMATAN RUNDINGAN
2. KHIDMAT NASIHAT
PENERANGAN DAN PENJELASAN
4. PENGURANGAN KOMPAUN SAMAN SEBANYAK 30%
SEMASA DAN TERPILIH SAHAJA
DAN PAMIRAN JUALAN


Tuan Mohamad Firdaus bin Mohamad Ibrahim sebagai Ketua Cawangan JPJ Teluk Intan sedang membuat lawatan ditapak Pameran Jualan Motorsikal yang dikendalikan oleh Sheng Kong Motor Teluk Intan. Orang ramai boleh memiliki sebuah Motosikal dengan Bayaran RM 1.00 Sahaja.


Pengunjung dan juga kakitangan boleh membeli buah-buahan serta hasil tanaman dengan harga yang berpatutan.




Antara Motosikal yang dipamirkan Sempena hari JPJ Bersama pelanggan


Salah seorang dari Pengunjung sedang mencuba sebuah Motosikal berkuasa besar.



Sekiranya ianya mendapat sambutan dari Pengunjung dan Pelanggan, Program ini mungkin dilanjutkan sehingga jam 4.00 petang. Sebagai permulaan ianya diadakan mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari sahaja. Diharap bulan berikutnya mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.