SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI, DAPATKAN INFORMASI INFORMASI TERKINI

INFO EKSA

INFO EKSA 2017 : SUDAHKAH ANDA BERSEDIA AUDIT MAMPU UNTUK PEMBAHARUAN SIJIL EKSA PADA 14.12.2017

Ahad, 6 Disember 2015

PROGRAM SKSJ PARLIMEN BAGAN DATOH PADA 5 NOV 2015


PROGRAM SKSJ DAN JOM JPJ PARLIMEN BAGAN DATOH








Duri Dalam Daging Diminta Bertaubat -TPM


HUTAN MELINTANG: Pihak yang memperlekehkan perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan dan agensi kerajaan dianggap sebagai ‘duri dalam daging’.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan pihak berkenaan adalah hanya untuk merendahkan perkhidmatan baik berkenaan.
Ujarnya, melalui kajian kepuasan penerima perkhidmatan telah memperlihatkan bahawa sebanyak 85 peratus kepuasan telah diterima oleh rakyat terhadap program-program yang ditransformasikan oleh kementerian, jabatan dan juga agensi kerajaan.
Tambahnya lagi, terdapat 15 peratus yang tidak berpuas hati dan penambahbaikan boleh dilakukan untuk mempertingkatkannya.
“Kita harap bukan sahaja jabatan dan agensi kerajaan membuat penambahbaikan sistem penyampaian ini kepada rakyat, malah ianya harus disesuaikan dengan beberapa kekangan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Parlimen Bagan Datoh dan Pelancaran Jom JPJ di sini, hari ini.
Namun begitu, beliau berkata, terdapat beberapa pihak dalam kalangan 15 peratus tersebut yang menjadi duri dalam daging.
“Apabila jabatan dan agensi kerajaan turun kebawah ertinya mereka mahu mendekatkan diri untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan iaitu rakyat yang membayar cukai dan yang mendambakan perkhidmatan yang terbaik.
“Namun terdapat beberapa duri dalam daging dikalangan 15 peratus ini yang tidak berpuas hati kerana mungkin mereka mempunyai matlamat tertentu untuk merendahkan dan memperlekehkan perkhidmatan terbaik yang dibuat oleh jabatan dan agensi kerajaan ini,” jelasnya lagi.
Beliau berkata, sekiranya pihak berkenaan ingin mengkritik, ia perlulah untuk tujuan membina dan bukan yang sebaliknya.
“Saya harap duri-duri daging dikalangan 15 peratus ini didoakan mudah-mudahan mereka segera bertaubat dan harus menerima hakikat bahawa kita sebagai manusia biasa tentu tidak ada kesempuranaan.
“Ini kerana harus ada timbal balik, hubungan dua hala supaya perkhidmatan dapat ditingkatkan dan kepuasan dapat dioptimumkan,” katanya lagi.
Beliau juga berharap agar terdapat kefahaman bagi kedua-dua pihak kerana pihak kerajaan melalui jabatan dan agensi cuba sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya.