SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI, DAPATKAN INFORMASI INFORMASI TERKINI

INFO EKSA

INFO EKSA 2017 : SUDAHKAH ANDA BERSEDIA AUDIT MAMPU UNTUK PEMBAHARUAN SIJIL EKSA PADA 14.12.2017

Selasa, 16 Mei 2017

JPJ – MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN MOU DENGAN SPRM [15 MEI 2017]

KEMPEN POLISI TIADA HADIAH


KEMPEN
POLISI TIADA HADIAH

Warga JPJ adalah dilarang Meminta, Menerima, Menawar dan Memberi sebarang hadiah, imbuhan  atau perkhidmatan daripada mana-mana pihak. Dasar ini boleh mengelak presipsi negatif atau kewujudan konflik kepentingan dalam semua urusan antara JPJ dan pihak luar

"TERIMA KASIH"
ADALAH SATU-SATUNYA HADIAH YANG DPERLUKAN OLEH KAKITANGAN JPJ DARIPADA ORANG AWAM

Jumaat, 12 Mei 2017

HARI GOTONG ROYONG 2017 ( LAIN-LAIN AKTIVITI)

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN

Aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan ialah menebang Pokok-Pokok. Bahagian Penguatkuasa pula yang di ketuai Oleh Pn. Norhafeza bt. Shuib. Bertanggung Jawab menyediakan makanan tengahari untuk kakitangan dan juga anggota-anggota Rela yang bersama-sama membuat kerja Gotong Royong sempena EKSA 2017/2018. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.


Menebang Pokok di persekitan kawasan Bangunan JPJ Cawangan Teluk Intan



 Dua orang Chef En. Shukor dan Pn. Norhafezah, Sedang menyediakan Masakan Kari Kambing dan juga Ayam sebagai juadah untuk makan Tengahari. 
Terima Kasih daun Keladi lain kali boleh masak lagi.




Puan Norhafezah bt Shuib and the gang sedang menyediakan makanan tengahari untuk kakitangan  yang hadir untuk kerja-kerja Gotong Royong



En. Mohd Hafiz dan En. Mohd Rizman sedang menyiram jalan yang di penuhi pasir-pasir. Membuatkan saliran air tersumbat.


BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN

Kerja Gotong Royong Sempena Pensijilan Semula EKSA 2017/2018, di Bahagian Pengurusan dan Pendaftaran yang di ketuai oleh En. Mohamad Firdaus bin Abdul Wahab dan Pn. Nurrul Izzati bt. Mohamad Jelani bersama dengan kakitangan bahagian berkenaan. Telah membuat kerja-kerja Penambahbaikan diruang kerja utama, dengan mengalas meja kakitangan dengan plastik warna biru. Agar kelihatan lebih ceria. Dibahagian Ruang Makan Pejabat pula dindingnya dicat dengan Warna Hijau agar nampak lebih tenang dan Peti Sejuk dibaluk dengan Kertas Dinding berbunga-bunga yang telah dilakukan oleh En. Mohd Auzan.
.


 Permukaan Meja dibalut dengan Plastik berwarna biru


 En. Mohd Auzan sedang membalut Peti Sejuk dengan
 Kertas dinding berbunga-bunga di Ruang Makan Pejabat



 Kerja-Kerja diruang Pengurusan dan Kewangan



 Ruang Bahagia Pemeriksa Kenderaan (KA)




 Kerjasama berpasukan membuatkan perhubungan diantara
 kakitangan menjadi lebih akrab


 Sebelum di Alas


Selepas di Alas

Meja Penyelia Bahagian Pendaftaran. Sebelum dan Selepas di alas dengan Plastik berwarna Biru

  



 En. Mohamad Firdaus sedang mengecat dinding Pantri


 Kerja-kerja mengecat dan membalut Peti Sejuk dengan
Kertas Dinding berbunga-bunga


Meja PT Kewangan yang telah siap dialas dengan Plastik Berwarna biru

Apa yang penting adalah kerjasama. Seandainya sama-sama bekerja dan bertungkus Lumus, apa kerja pun akan menjadi senang dan hasilnya lebih menarik

HARI GOTONG ROYONG EKSA 2017 (PENGUJIAN)


BAHAGIAN PENGUJIAN

Bahagian Pengujian  JPJ Teluk Intan yang di ketuai oleh En. Idzhar bin Abu Hassan serta Pn Nur Izzati bt. Amin  telah membuat kerja-kerja Gotong Royong untuk penambahbaikan diruang pejabat Unit Pengujian agar tampak ceria dan bersih. Sempena Pensijilan semula EKSA 2017/2018.



Meja Ketua Unit Sebelum Di Alas dengan Plastik Berwarna Biru




Ruang Kerja Ketua Pengujian



Kerja Kerja bagi memastikan Kabel-kabel telah diikat rapi



 Kerja-kerja memasang alas Meja Ketua Unit Pengujian oleh Kakitangan di Unit Pengujian JPJ Teluk Intan


Mengemas ruang yang nampak tidak tersusun



 Meja Ketua Unit yang telah siap dialas dengan Plastik berwarna biru.


Meja kecil yang hendak dialas dengan warna yang sama dan seragam


Meja Kaunter juga di alas dengan Kertas diding, agar ianya tampak menarik.

HARI GOTONG ROYONG EKSA 2017 (PERSEKITARAN)


BAHAGIAN PERSEKITARAN

Pada 10. May 2017 ( Hari Wesak)  Jawatan Kuasa EKSA Zon BMW JPJ Teluk Intan yang diketuai oleh En. Saifullizan dan En. Norizam dengan kerjasama Anggota Rela serta Juga Kakitangan JPJ Teluk Intan. Telah mengadakan Gotong Royong untuk membersihkan kawasan persekitaran sempena Pensijilan Semula EKSA 2017/2018. Untuk mengekalkan kebersihan kawasan agar ianya tampak ceria, bersih dan selamat



Dengan menggunakan pancutan air untuk membersihkan pasir-pasir dan juga longkang-longkang yang menutupi gigi-gigi jalan dan longkang-longkang yang tersumbat





En. Saifullizan mengetuai anggota-anggota Rela dan juga kakitangan JPJ untuk memgersihkan laluan ke Pintu Masuk Bangunan JPJ Teluk Intan. Agar ianya kelihatan bersih.