SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI, DAPATKAN INFORMASI INFORMASI TERKINI

INFO EKSA

INFO EKSA 2017 : SUDAHKAH ANDA BERSEDIA AUDIT MAMPU UNTUK PEMBAHARUAN SIJIL EKSA PADA 14.12.2017

Ahad, 6 Disember 2015

PROGRAM SKSJ PARLIMEN BAGAN DATOH PADA 5 NOV 2015


PROGRAM SKSJ DAN JOM JPJ PARLIMEN BAGAN DATOH








Duri Dalam Daging Diminta Bertaubat -TPM


HUTAN MELINTANG: Pihak yang memperlekehkan perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan dan agensi kerajaan dianggap sebagai ‘duri dalam daging’.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan pihak berkenaan adalah hanya untuk merendahkan perkhidmatan baik berkenaan.
Ujarnya, melalui kajian kepuasan penerima perkhidmatan telah memperlihatkan bahawa sebanyak 85 peratus kepuasan telah diterima oleh rakyat terhadap program-program yang ditransformasikan oleh kementerian, jabatan dan juga agensi kerajaan.
Tambahnya lagi, terdapat 15 peratus yang tidak berpuas hati dan penambahbaikan boleh dilakukan untuk mempertingkatkannya.
“Kita harap bukan sahaja jabatan dan agensi kerajaan membuat penambahbaikan sistem penyampaian ini kepada rakyat, malah ianya harus disesuaikan dengan beberapa kekangan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Parlimen Bagan Datoh dan Pelancaran Jom JPJ di sini, hari ini.
Namun begitu, beliau berkata, terdapat beberapa pihak dalam kalangan 15 peratus tersebut yang menjadi duri dalam daging.
“Apabila jabatan dan agensi kerajaan turun kebawah ertinya mereka mahu mendekatkan diri untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan iaitu rakyat yang membayar cukai dan yang mendambakan perkhidmatan yang terbaik.
“Namun terdapat beberapa duri dalam daging dikalangan 15 peratus ini yang tidak berpuas hati kerana mungkin mereka mempunyai matlamat tertentu untuk merendahkan dan memperlekehkan perkhidmatan terbaik yang dibuat oleh jabatan dan agensi kerajaan ini,” jelasnya lagi.
Beliau berkata, sekiranya pihak berkenaan ingin mengkritik, ia perlulah untuk tujuan membina dan bukan yang sebaliknya.
“Saya harap duri-duri daging dikalangan 15 peratus ini didoakan mudah-mudahan mereka segera bertaubat dan harus menerima hakikat bahawa kita sebagai manusia biasa tentu tidak ada kesempuranaan.
“Ini kerana harus ada timbal balik, hubungan dua hala supaya perkhidmatan dapat ditingkatkan dan kepuasan dapat dioptimumkan,” katanya lagi.
Beliau juga berharap agar terdapat kefahaman bagi kedua-dua pihak kerana pihak kerajaan melalui jabatan dan agensi cuba sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya.

Sabtu, 21 November 2015

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN


KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN atau Kaunter PRO disediakan bagi memudahkan Pelanggan - Pelanggan untuk berurusan dengan JPJ Cawangan Teluk Intan. Dikaunter ini disediakan Pelbagai borang-borang yang berkaitan dengan urusan pelanggan. Di kaunter ini juga disediakan Khidmat menangkap gambar untuk urusan lesen memandu sahaja. 



SUDUT EKSA ZON


SUDUT EKSA ZON BMW. Memaparkan gambar-gambar aktiviti yang dijalankan bagi melaksanakan EKSA. Mempunyai tiga elemen penting iaitu Informasi, Maklumat Zon dan Aktiviti. Sudut Eksa dikawalselia oleh Puan Nor Zalinda bt. Mohd Fadil.


Pandangan dari sudut yang berlainan. Menggambarkan keseluruhan Sudut Eksa Zon. Dengan menyediakan kemudahan Peti Kitar Semula dan juga Papan Panduan untuk Pelanggan bagi memudahkan urusan.

OBJEKTIF EKSA


OBJEKTIF EKSA dilaksanakan adalah untuk memastikan Pengurusan yang cekap dan berkesan bagi mencapai ciri-ciri kualiti ditempat kerja yang lebih kemas, Bersih dan Selamat. Untuk meningkatkan Imej Korporat Jabatan dan Organisasi.

Jumaat, 20 November 2015

PENJENAMAAN EKSA


IMPAK PENJENAMAAN EKSA BAGI SEKTOR AWAM

FAEDAH EKSA


FAEDAH MELAKSANAKAN EKSA DI SEKTOR AWAM

DASAR EKSA JPJ NEGERI PERAK


DASAR EKSA

PROGRAM GOTONG ROYONG EKSA PADA 27 OKT 2015



Program Gotong Royong sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam telah diadakan di JPJ Teluk Intan pada 27/10/2015. Mulai jam 8.45 pagi hingga 5.00 petang. Program ini telah diketuai oleh Tn. Mohd Firdaus bin Abdul Wahab, merupakan Timbalan Penyelaras EKSA Zon BMW JPJ Teluk Intan. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal. Seperti mana amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ianya merupakan persediaan awal bagi Pengauditan EKSA dari Pihak MAMPU yang dijangka pada 16-17 Nov. 2015. Aktiviti gotong royong ini lebih memberi tumpuan kepada keseluruhan sektor dan persekitaran JPJ Teluk Intan bagi kerja-kerja mengecat divider. Aktiviti gotong royong disetiap sektor turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Secara tidak langsung ianya dapat  mengeratkan hubungan diantara kakitangan JPJ Teluk Intan. Ianya memberi Impak yang amat sinonim dengan peribahasa Sepakat membawa berkat. Jelas dapat dilihat semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasam yang diberi dari wajah kegembiraan dikalangan Warga kerja JPJ Teluk Intan.





SEBELUM DAN SELEPAS






GAMBAR-GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS DILAKSANAKAN YANG BERADA DISUDUT EKSA ZON BMW. UNTUK DINILAI OLEH PIHAK MAMPU

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI AKTIVITI GOTONG ROYONG YANG TELAH DI LAKSANAKAN SEMPENA EKSA





AKTIVITI AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMPENA MENJELANG HARI PENGAUDITAN OLEH PIHAK MAMPU YANG TELAH DITETAPKAN PADA 16 DAN 17 NOVEMBER 2015

CARTA ORGANISASI JAWATAN KUASA EKSA ZON BMW


JAWATAN KUASA YANG DILANTIK UNTUK MELAKSANAKAN EKSA ZON BMW BAGI JPJ CAWANGAN TELUK INTAN.

PENASIHAT : TN. AZMAN BIN ISMAIL
PENYELARAS : TN . IDZHAR BIN ABU HASAN
TIMBALAN PENYELARAS : TN. MOHD FIRDAUS BIN ABDUL WAHAB
SETIAUSAHA : EN. SAIFULLIZAN BIN MAT
PENOLONG SETIAUSAHA 1 : EN. MOHD RAMBLAN BIN YUSUF
PENOLONG SETIAUSAHA 2 : EN. AYUB AFINDI BIN MOHAMAD
BENDAHARI : PN. NOOR AZWANIS BT. KAMARUZZAMAN
PENOLONG BENDAHARI : PN. MASTURA BT. MAHFUZ
AJK SUDUT DAN PROMOSI EKSA : NOR ZALINDA BT. MOHD FADIL DAN 
EN. MOHD FUAD BIN MAZLAN
AJK DOKUMENTASI : TN. MOHD SIDDIQ BIN MOHD SHAMSIDI
AJK AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN  : EN. NORIZAM BIN MD, ARSHAD DAN
 EN. NORSHAM BIN BADARDIN

KETUA-KETUA ZON
PENGUATKUASA : EN. SAIFUL NIZAM BIN ABDUL MAJID
PENGUJIAN : EN. SAZALI BIN ABDUL RANI
PENTADBIRAN : PN. JAMAIAH BT. ABDUL HAMID
PERSEKITARAN DAN LANDSKAP : EN. MOHD NOR BIN AHMAD/


EKSA KEMBALI

LOGO EKSA JPJ NEGERI PERAK

LOGO BMW DIPILIH UNTUK JPJ CAWANGAN TELUK INTAN DAN DI KENALI SEBAGAI ZON BMW

Selasa, 27 Oktober 2015

TENDER NO. PENDAFTARAN

NO. SIRI PENDAFTARAN TERKINI
AKF 1 - 9999

Maklumat Pelaksanaan Program myLESEN

Program myLesen ini merupakan satu inisiatif yang dirangka khusus kepada orang ramai khususnya golongan belia yang belum memiliki lesen memandu yang sah dan terdiri daripada mereka yang berumur 16 tahun ke atas di bandar dan luar bandar.  Program myLesen dengan kerjasama Institut Memandu bagi latihan menunggang motosikal kelas B2 tunggal sahaja (motosikal tidak melebihi 250 s.p.) ini dilaksanakan dengan objektif mewujudkan satu program komuniti berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR) ke arah:
  1. melahirkan penunggang yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah.
  2. memberikan manfaat kepada golongan belia dan mereka yang layak melalui insentif yang mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup.
  3. membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal) melalui pengurangan golongan belia yang memandu tanpa lesen memandu yang sah.
  4. menanam rasa hormat (respect of law) dan patuh kepada undang-undang sebagai budaya selamat oleh pengguna jalan raya.
Program myLesen dengan tagline: 1Rakyat 1Lesen JPJ bersama Institut Memandu ini adalah lanjutan komitmen kerajaan melalui JPJ berdasarkan konsep merakyatkan perkhidmatan awamakan dilancarkan serentak di seluruh negara pada 15 September 2015.  Objektif Program myLesen ialah:
  1. Menggalakkan orang ramai memiliki lesen memandu yang sah.
  2. Membantu orang ramai yang amat memerlukan lesen memandu tetapi kurang mampu.
  3. Memberi pendidikan tentang undang-undang Jalan raya serta membina etika pemanduan selamat.
  4. Mengelakkan pihak ketiga bagi mengambil keuntungan yang melampau daripada calon pemandu.
  5. Merealisasikan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan motosikal melalui program peningkatan taraf pengetahuan, kemahiran dan sikap mengenai keselamatan jalan raya.
  6. Meningkatkan tahap kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya menunggang tanpa lesen memandu yang sah.
Garis panduan, peraturan dan syarat-syarat penyertaan program myLesen adalah sebagaimana yang digariskan dalam borang pendaftaran myLesen. Sebarang pertanyaan berhubung butiran program myLesen hendaklah merujuk terus kepada pengurus program myLesen Institut Memandu berdekatan yang berdaftar dengan JPJ.
Borang pendaftaran myLESEN, senarai Institut Memandu yang melaksanakan program myLesen, dan maklumat am myLESEN boleh dimuat turun daripada laman portal JPJ:
  1. Senarai Institut Memandu
  2. Buku Program
  3. Soalan Lazim (FAQ) myLESEN
  4. Borang myLESEN

KOMPLEKS AIK AIK, TELUK INTAN


Kompleks Aik Aik terletak di Jalan Mahkota Teluk Intan. Di Kompleks ini lah Pejabat JPJ Teluk Intan beroperasi selama 3 tahun 4 bulan. Sebelum berpindah ke Bangunan baru yang bernilai lebih kurang RM 1.5 juta terletak di KM 8 (Batu 5) Jalan Maharajalela Teluk Intan. Perak. Pejabat JPJ Teluk Intan terletak di tingkat 3 kompleks tersebut. Urusniaga yang dijalankan di Pejabat ini ialah membaharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan Persendirian.

Operasi di pejabat ini tamat pada hari Jumaat 1 Nov 1996 untuk berpindah ke Pejabat baru yang telah  siap dibina. Pada hari Isnin 4 Nov 1996.  Pejabat JPJ yang  baru telah beroperasi. Sebelum ianya beroperasi Tn Haji Zawawi bin Abdul Kader di pohon untuk membaca Doa Selamat, sebelum ianya beroperasi. Tepat Jam 8.00 pagi pada hari tersebut, bermulalah era baru JPJ Teluk Intan. Sehingga kini Pejabat JPJ Teluk Intan telah berusia lebih kurang 20 tahun dan perbagai urusniaga telah dijalankan di pejabat ini untuk memudahkan orang ramai, am nya penduduk sekitar Hilir Perak berurusan dengan JPJ tanpa menggunakan perkhidmatan orang tengah.

Sabtu, 24 Oktober 2015

JPJ CAWANGAN TELUK INTAN


Assallammualaikum, Salam sejahtera dan selamat datang ke blog Buletin JPJ Cawangan Teluk Intan.Terima kasih kerana singgah sebentar diblog ini. Disini akan dikongsikan aktiviti-aktiviti dan maklumat terkini JPJ Teluk Intan serta serba sedikit perihal atau sejaran pembukaan JPJ Teluk Intan.

Sejarah Pembukaan Pejabat JPJ Cawangan Perak

Jabatan Pengangkutan Jalan, Teluk Intan telah dibuka pada tanggal 1 Julai 1993. Pejabat JPJ Teluk Intan telah beroperasi dan dirasmikan pada tanggal 7 Julai 1993. Majjlis perasmian Pejabat JPJ Teluk Intan telah dibuat oleh Tuan Pengarah JPJ Perak En. Abdul Rahman bin Imam Arshad. JPJ Teluk Intan di ketuai oleh En. Ismail bin Ahmad sebagai Pegawai Yang Menjaga Pejabt Kecil JPJ Teluk Intan. Pejabat Kecil JPJ Teluk Intan dianggotai oleh 8 orang kakitangan. terdiri daripada 6 orang Pembantu Tadbir N9, 1 orang Pengawal Keselamatan KP10 dan Seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa N5. Pejabat Kecil JPJ Teluk Intan terletak ditingkat 3, Bangunan Kompleks Aik Aik Jalan Mahkota Teluk Intan. Berhampiran dengan Stesyen Bas Bersatu, ditengah bandar Teluk Intan. Tujuan Pejabat Kecil JPJ Teluk Intan dibuka kerana untuk menggalakkan orang ramai khususnya penduduk sekitar Hilir Perak berurusan terus dengan Pejabat JPJ untuk baharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan (Roadtaxs). Bagi mengelakkan orang ramai berurusan dengan wakil untuk tujuan tersebut. Urusniaga yang dijalankan di Pejabat Kecil Teluk Intan pada mulanya ialah membaharui Lesen Memandu dan juga Cukai Jalan. Selebihnya orang ramai dinasihatkan berurusan terus dengan JPJ Negeri Perak. Di Ipoh.

Pada bulan November 1996, Pejabat JPJ Teluk Intan telah berpindah kebangunan baru yang bernilai hampir RM 1.5 juta, di Batu 5 atau KM 8 Jalan Maharajalela Teluk Intan. Pejabat Baru JPJ Teluk Intan telah beroperasi sepenuhnya pada hari Isnin 4 November 1996. Dengan Penambahan kakitangan seramai 5 orang menjadikan 14 orang kesemuanya, 1orang  PPP N5, 1 orang Pembantu Tadbir N7, 9 orang Pembantu Tadbir N9, 1 orang Pembantu Tadbir Rendah N11, 1 orang Pengawal Keselamatan KP10 dan 1 orang Pembantu Am Rendah N13. Berhampiran dengan Bangunan JPJ Teluk Intan ialah  kompleks Pemeriksaan  PUSPAKOM, Bagi memudahkan lagi orang ramai serta pengusaha-pengusaha Lori dan Kenderaan Perdagangan berurusan dengan JPJ melibatkan Pemeriksaan Kenderaan bermotor. Menjelang Tahun 2006 JPJ Teluk Intan menembahkan lagi urusniaga nya yang melibatkan Pendaftaran baru kenderaan dan juga tukar hak milik kenderaan.