SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI, DAPATKAN INFORMASI INFORMASI TERKINI

INFO EKSA

INFO EKSA 2017 : SUDAHKAH ANDA BERSEDIA AUDIT MAMPU UNTUK PEMBAHARUAN SIJIL EKSA PADA 14.12.2017

Rabu, 21 Jun 2017

SOROTAN BERITA: JPJ PASANG TUJUH LAGI KAMERA AES



KAMERA AES

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum akhir tahun ini, sebagai tambahan kepada 14 kamera AES sedia ada, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nadzri Siron.

Beliau berkata pemasangan kamera AES itu akan dilakukan di lokasi yang sering berlaku kemalangan.

"JPJ dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah meneliti beberapa lokasi tumpuan yang sering berlaku kemalangan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan tarikh pemasangan serta lokasi tujuh kamera AES berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nadzri berkata setakat 13 hari pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara), sebanyak 19,230 saman telah dikeluarkan.

"Ia meliputi 16,791 saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 2,439 saman kerana melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh 15 hingga 27 April.

"Walaupun kita telah melaksanakan sistem ini, tapi peningkatan jumlah saman memperlihatkan sikap atau kesedaran masyarakat untuk mematuhi undang-undang masih di tahap rendah," katanya.

Pada 15 April lepas, JPJ telah memperkenalkan sistem Awas bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang hanya melibatkan kesalahan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.

Dalam majlis itu seramai 452 peserta luar bandar berjaya mendapatkan lesen memandu percubaan motosikal B2 (motosikal tidak melebihi 250cc).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan