Pegawai dan Anggota JPJ. Ibaratkan seperti Keretapi Pergi dan Keretapi datang. Akan singgah sementara disesebuah stesyen. Selepas mengambil penumpang disesebuah stesyen dia akan pergi meninggalkan stesyen tersebut. Beditulah juga dengan pegawai dan anggota yang akan bertukar diatas arahan atau kemahuan sendiri. En Idzhar bin Abu Hassan (PPP KP32) Ketua Bahagian Pengujian dan Pelesenan Pemandu yang telah berkhidmat hampir sepuluh tahun mulai tahun 2009 hingga 2017, yang pernah menjadi Ketua IPZ JPJ Teluk Intan, Ketua Cawangan JPJ Teluk Intan, Ketua Bahagian Pendaftaran Kenderaan dan Akhir sekali menjadi Ketua Bahagian Pengujian dan Pelesenan Pemandu. Beliau Telah bertukar Ke JPJ Johor atas kemahuan sendiri.Pertukaran berkuatkuasa mulai 2/10/2017. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada beliau.
Mohd Rizman bin Mohamed (PP KP19) Juga bertukar diatas kemahuan sendiri ke JPJ Terengganu. Beliau juga telah bertugas di JPJ Teluk Intan hampir 10 tahun, Dan akhir sekali bertugas di Unit Penguatkuasa.