|
SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI
INFO EKSA
Jumaat, 22 September 2017
PERUTUSAN KETUA PENGARAH JPJ MALAYSIA. YBHG. DATO' SHAHARUDDIN KHALID
LAWATAN KADET JPJ MALAYSIA S.M.K SULTAN ABDUL AZIZ (AZIZIAN) KE JPJ CAWANGAN TELUK INTAN, PADA 20/09/2017
Pada 20 Sept 2017 hari Rabu, JPJ Cawangan Teluk Intan telah menerima kujungan dan lawatan Kadet JPJ Malaysia daripada SMK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan atau lebih dikenali dengan gelaran AZIZIAN. Pelajar-pelajar yang berumur sekitar 15 dan 17 tahun itu telah diberi taklimat dan penerangan ringkas mengenai peranan JPJ kepada masyarakat dan dalam penguatkuasaan undang-undang daripada Pegawai-Pegawai kanan JPJ Cawangan Teluk Intan, dari Bahagian Penguatkuasa, Pelesenan Pemandu, Pendakwaan dan Pendaftaran kenderaan.
Mereka semua dibawa melihat kenderaan klon yang di sita oleh Pihak JPJ Cawangan Teluk Intan. Banyak persoalan yang ditanya oleh pihak Kadet mengenai kenderaan Klon yang mereka lihat sendiri di Kandang Sita. Mereka juga telah diberi penerangan khas mengenai ukuran Lori dengan menggunakan peralatan khas
Dibahagian Penguatkuasa pula mereka telah diberi penerangan khas mengenai peralatan yang digunakan oleh Anggota Penguatkuasa JPJ ketika menjalankan tugas Penguatkuasaan Undang-Undang dijalanraya. Kemudian mereka semua dibawa ke bahagian Pengujian dan Pelesenan Pemandu, Bahagian Pendakwaan serta ke Bahagian Pendaftaran kenderaan sebelum mengakhiri lawatan.
Dibawah ini disiarkan gambar-gambar semasa lawatan dilakukan
Langgan:
Catatan (Atom)